CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 18, 2008

Pakai Otak Ke Orang Ni Semua

Pagi tadi, dapat satu email dari kawan. Ada satu gambar attachment, macam kat bawah ni.

Thursday, August 14, 2008

Tukar Lagi?

Kenapalah orang suka tukar benda yang tak perlu? Dah biasa dengan interface (perantaraan?) Blogger, Google ambil alih. Sekarang kita dah biasa dengan cara Google, tukar lagi, walaupun masih dibawah naungan Google.

Beberapa hari kebelakangan ini, adalah dua tiga kekecohan yang berlaku di arena politik negara kita ini. Kalau Langit Dijunjung kutuk, nanti dituduh berbaur perkauman tapi kalau tak tegur, macam tak mahu berkongsi pendapat pulak. Macam mana ni? Bak kata Pak Anwar, lawan tetap lawan ye? Oklah, di sini, LD nak buat peringatan dulu, semua yang tertera di sini adalah pendapat persendirian, tanpa ada niat apa-apa kecuali berkongsi pendapat.

a) Buka UiTM kepada pelajar bukan Bumiputra (atau bukan Melayu? Berapa kerat pelajar UiTM yang bukan Melayu, ie, Sabahan dan Sarawakian?)

Di sini LD nak tanya, ramai sangat ke yang bukan Melayu beriya-iya nak menuntut di UiTM? Kenapa sikit-sikit je terus melenting? Kenapa UiTM itu ialah kubu Melayu terakhir? Apakah betul orang Melayu tengah diserang dan berperang? Dengan siapa? Kekadang, tengok ini semua, kelakar lah juga.

LD berpendapat, tidak pernah orang lain nak mempersoalkan hak-hak istimewa atau menjatuhkan orang-orang Melayu, khasnya dan bumiputra lain, amnya. Yang lazim dipersoalkan ialah, mengapa negara mahu dihancurkan atas nama hak-hak istimewa? Apakah orang-orang Melayu tidak celik lagi bahawa kalau tidak ada penyalahgunaan atas nama hak-hak istimewa, maka tidak ada lebuhraya bertol yang tidak perlu? Tidak ada kereta proton yang rendah kualitinya? Tidak ada jambatan yang retak setiap dua tahun? Kesudahannya, siapa yang paling terasa? Orang Malaysia yang tidak ada apa-apa kepentingan politik.

Berbalik kepada UiTM, berapa orang kah anak Menteri, anak ADUN, anak YB yang menuntut di sana? Ada ke? Berapa orang anak Datuk? Berapa orang anak kepada usahawan Melayu yang berjaya?

Pernah sekali, LD dikhabarkan, ada seorang pensyarah di UiTM yang kena panggil oleh Dean sebab menggagalkan lebih separuh dari pelajarnya. Sebab? Sebab paper mereka tak ada kualiti, tak boleh pakai langsung! Jadi, markah kelulusannya terpaksa direndahkan dari 50% kepada 30%. Kalau ini khabar betul, apa nak jadi?

Rakyat yang bersaing di sektor swasta semuanya tahu, tak kira lah apa pun keturunan mereka, kalau mereka betul-betul bagus (bukan yang perasan bagus), rata-rata mempunyai peluang yang sama untuk maju. Kalau tak pun, selepas beberapa tahun bekerja, mereka akan membuka perniagaan sendiri, jika mampu. Yang sentiasa menuntut hak-hak istimewa ini, orang politik, jarang sekali orang kebanyakan. Bayangkanlah, atas nama hak-hak istimewa, anak-anak Datuk, anak-anak YB, rata-rata pasti dapat biasiswa untuk menuntut di luar negeri. Apakah mereka memerlukannya? Yang perlu ialah anak tani dari Kelantan, anak nelayan dari Trengganu. Dapat biasiswa ke mereka semua ini? Universiti mana mereka-mereka ini dihantar?