CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 6, 2009

Komen kepada manusia perasan

cara penulisan saudara ridhuan tee itu amat jelek sekali, tidak padan dengan pangkat ustaznya itu. saya bukan melayu dan bukan islam tetapi saya amat menghormati ustaz (melayu) di sekolah saya yang berfikiran lebih matang, berbahasa lebih halus dari apa yang ditampilkan oleh si celup ini. untuk pengetahuan saudara, saya berasal dari daerah luar bandar, mendapat A1 dalam peperiksaan BM SPM - manakala pesaing terdekat saya pada tahun tersebut mendapat C3. pada tahun tersebut, hanya ada 2 calun SPM yang mendapat A1 dalam SPM, selain saya, seorang lagi adalah gadis india dari sekolah lain, dari sejumlah 5 buah sekolah untuk daerah itu. janganlah menganggap bahawa orang bukan melayu tidak tahun berbahasa melayu, malahan, sehingga ke masa kini, saya sendiri masih lagi membetulkan tatabahasa pekerja dan juga kawan-kawan melayu saya, di mana perlu. jangan hanya kerana saudara beragama islam sudah mahu menyorongkan pipi anda. orang melayu lebih berbudi bahasa dari anda dan mereka bukannya bodoh sehingga perlu seorang celup untuk menunjukkan jalan kepada mereka. sudahlah, kalau mahu mengampu, mengaku sahaja. kalau mahu berdakwah, maka berdakwahlah sepenuh jiwa tanpa mempunyai apa-apa niat terselindung mahupun perasaan hasad dengki di dalam hati. sebelum berdakwah kepada orang, sucikanlah hati sendiri dahulu, amin...

original disgusting article here.