CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 12, 2010

Cakap Tak Serupa Bikin

utusan meloya tu betul2 meloyakan. macam petikan ini.

kalau nepotisme tu untuk mengumpul harta benda demi kepentingan diri, tu patut dikutuk. DAP tu berpuluh tahun kat pembangkang, boleh dapat apa-apa kepentingan atau habuan ke? kebanyakkan ahli yang disebut di dalam petikan ini adalah terdiri dari ahli2 professional seperti peguam dan accountant, yang tak akan mati kebuloq kalau tak jadi ahli politik. tak tahu lah berapa kerat ahli politik BN, terutamanya UMNO yang boleh hidup mewah kalau tak ada pangkat dalam parti atau habuan dari kerajaan??

itulah masalahnya bila nyamuk seberang laut nampak tapi bangkai gajah depan batang hidung sendiri tak nampak, alahai orang yang buta hati, buta mata dan buta segalanya bila mata ditutup dengan senyuman menawan Agung.

di dalam politik, tidak ada yang bersih putih, pasti ada debu sikit sana-sini, yang pentingnya, yang bersih mesti melebihi yang hitam, bukan macam ada parti yang mengaku itu ini, berjuang itu ini, tapi penuh taik..

yang penting, orang yang berkaliber, yang benar2 berjiwa rakyat diberi peluang memimpin. seperti di singapura, rata2 mengatakan Perdana Menteri Lee Hsien Loong naik jadi perdana menteri kerana bapanya. mungkin juga. tapi, kalau beliau tidak menceburi bidang politic, beliau akan menjadi ahli matematik, antara pelajar terbaik tahun beliau di universiti di england. kita adakah pemimpin sedemikian?

lim guan eng kalau tak menjadi ahli politik, boleh menjadi akauntan. jagdeep singh masih lagi peguam. bahkan, doktor mahathir kalau tak jadi perdana menteri pun masih boleh jadi doktor (tapi bukan sekarang ler, macam ada sikit punya tak betul - takut nak bagi dia periksa, mungkin saiful bagi dia periksa baru betul semua benda). tapi yang lain2??

Sunday, September 6, 2009

Komen kepada manusia perasan

cara penulisan saudara ridhuan tee itu amat jelek sekali, tidak padan dengan pangkat ustaznya itu. saya bukan melayu dan bukan islam tetapi saya amat menghormati ustaz (melayu) di sekolah saya yang berfikiran lebih matang, berbahasa lebih halus dari apa yang ditampilkan oleh si celup ini. untuk pengetahuan saudara, saya berasal dari daerah luar bandar, mendapat A1 dalam peperiksaan BM SPM - manakala pesaing terdekat saya pada tahun tersebut mendapat C3. pada tahun tersebut, hanya ada 2 calun SPM yang mendapat A1 dalam SPM, selain saya, seorang lagi adalah gadis india dari sekolah lain, dari sejumlah 5 buah sekolah untuk daerah itu. janganlah menganggap bahawa orang bukan melayu tidak tahun berbahasa melayu, malahan, sehingga ke masa kini, saya sendiri masih lagi membetulkan tatabahasa pekerja dan juga kawan-kawan melayu saya, di mana perlu. jangan hanya kerana saudara beragama islam sudah mahu menyorongkan pipi anda. orang melayu lebih berbudi bahasa dari anda dan mereka bukannya bodoh sehingga perlu seorang celup untuk menunjukkan jalan kepada mereka. sudahlah, kalau mahu mengampu, mengaku sahaja. kalau mahu berdakwah, maka berdakwahlah sepenuh jiwa tanpa mempunyai apa-apa niat terselindung mahupun perasaan hasad dengki di dalam hati. sebelum berdakwah kepada orang, sucikanlah hati sendiri dahulu, amin...

original disgusting article here.

Wednesday, August 26, 2009

Kenapa Ramai Orang Cina Berniaga Di Malaysia

lagi satu, media massa selalu menuduh orang bukan Melayu (aka, orang Cina) membolot dunia perniagaan.

cuba hang piqiaq sikit, kerja gomen, jangan harap nak dapat, yang dapat pun, mungkin dalam 100 orang diambil, 1 atau 2 je orang cina, yang selebihnya, orang Melayu (bumiputera lain? jangan mimpi)

jadi, saki baki orang cina yang tak dapat kerja gomen tu nak makan pasiq kah? apa lagi jalan ada? kerja dengan swasta lah apa lagi. tu pun bukan semua yang dapat. jadi apa nak buat? satu-satunya jalan yang ada ialah dengan membuat perniagaan sendiri. ingat senang kah? kalau senang, cubalah buat perniagaan sendiri. sebelum cemburu, sebelum membuat tuduhan, renung diri sendiri dulu

Pilihanraya Permatang Pasir

kakaka, sikit2 salah cina, sikit2 salah india, sikit2 salah penyokong pembangkang, sikit2 salah MCA/GERAKAN (tapi ada gak benarnya sikit2) ; tak pernah salah UBN. tolol punya manusia. UBN habiskan duit berbilion, hasil tarak nampak, tak per, tak per, biarkan si luncai dengan labunya.

sekurang2nya, bila yang bukan UBN memerintah, ada bajet tar jalan, jalan bertar. ada bajet bersihkan kawasan, semuanya bersih. ada bajet tolong golongan miskin, ramai dari mereka merasa sikit pertolongan, jumlah yang sama digunakan, tapi hasil berbeza2. tu pun masih tak nampak. tu pun belum nak celik. bila daa nak celik.

selalu mengungkit2kan musuh yang tak wujud. kalian betul2 tak der kawan bukan melayu ke? cubalah berkawan dulu sebelum buat tuduhan membabi-buta. jangan termakan hasutan media massa lidah UBN tu.

ada akal, guna, ada mata, lihat. jangan jadi tolol. tampal duit 50 hinggit kat mata, terus hilang pedoman.

Sunday, February 22, 2009

Celoteh Roti Kacang Merah

rkm - first thing first, suara keadilan boleh subscribe ke? send to house ke cam tu?

2) bab pasal education ni, mmg dah lama dengar dah. kita kira seangkatan, i don't know about you, but in my class, the top 4 students were Chinese (yours truly included lah, ehem) and none of us got into university and/or none of us were eligible for even Maktab Perguruan (trust me, unlike what the gov't says, there ARE a lot of non-malays who apply for civil service, tapi tak pernah nak dapat)

3) a friend's cousin who is a professor in local uni was asked to re-grade his students paper because he failed them for the low quality, no choice, he passed them all and a year or two later, he migrated to Singapore to teach in a uni there. last heard, he is doing very well with his students there. imagine the quality of graduates we have.

4) it's ok to set the bar low to help some students but not ALL the students. my friends yang otak bergeliga tak dapat study medic because of "skin colour", another friend who happens to have correct color, but so-so in study got into medic, but dropped out after first year, susah katanya. imagine kalau she proceeded with medicine and her professor terpaksa pass kan dia (like above story) and one of our family members happened to consult her for medication. won't you feel short changed? when it is your loved ones life we are talking about, does colour really matter anymore?

5) lastly, kalau yang otak bergeliga semuanya kena reject dari masuk uni atas sebab2 tertentu, yang rugi is the rakyat, irregardless of creed and stature. indirectly also, those people will either :- study overseas and stay there (singapore one of the main beneficiaries) or ended up in private sector, contributing to the imbalance in the work force composition.

tah lah, i for long time, dah immune, cuma kekadang rasa kerajaan bangang sangat, belakang parang nak diasah, depan parang janganlah ditumpulkan. biar the whole parang tajam. ni, some belakang parang tak jugak tajam2, depan parang disumbingkan, maka yang dikejar tak dapat, yang dikendong, habis keciciran, until negara yang dibelakang kita masa merdeka dah maju berpuluh tahun depan kita, kita cuma berani nak bandingkan dengan negara yang tak pernah orang pandang sebagai rujukan, Ghana misalnya. kakaka.

Sunday, February 1, 2009

Mami Labu Labi Mengamok

Tengok ni si mami Labu Labi mengamok kat gomen tak berhati rakyat!!

\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

i think from what i've read and understand of http://www.airasia.com/kliaeast/ and also airasia blog, the MAHB being the Airport Authority seems to be having excuses to delay the whatever requirements that the AirAsia needs in their operation, that includes providing comfortable terminal for the passenger, and reliable transits from KLIA to LCCT.

Unlike in Australia, S'pore, or in any other part of the world, they cooperate well with AirAsia as a business entity and provide AirAsia with the comfort level that the passengers would be happy with.

Understandably, what MAHB does is to protect kepentingan MAS, kan.

It's like you being the freight operator, and say lah your affordability in services is seen as a 'national threat', which in turn drives the port authority to protect it's National Freight Services and hence sengaja delay to your requirement and demands that could make your business run better and your customers satisfied. with a port authority as stifling as that, you'd prolly want to build another port and run it by yourself... just like AirAsia and their KLIA East plan.

The Nation needs AirAsia. At times my parents would take AirAsia to balik kampung to Kelantan to take care of my sich gramps. It's lesser time than driving, kurang letih than the 8-9 hour drive, and DEFINITLEY waaaaaaaaayyyyyyyyyyyy cheaper than MAS, coz I pay for their fares.

Of course, if you have money, you go travel with more comfort and less hassles. tapi if you are rakyat-rakyat marhen, like a single parent with 3 kids (macam Mak Andeh and the Brood fame), AirAsia definitely is more affordable to get you and kids out from M'sia, say, to Phuket, Goldcoast or even Indonesia.

No?

Lagipun, sampai bila EVERY of our National Services kena protected???

5 years, twice yearly of traveling M'sia-UK... i HATED MAS. the hosts and hostesses treated students macam bukan orang penting, macam bukan 'future leaders of the nation'. tapi treat the business people [even in the economy class] mcm raja... understandably.

their fare price back then was considered among the highest in europe.. .imagine that! NOW only do they know how to keep the price low??? you imagine how bloody long these buggers been sucking the blood out of the rakyat??? MAS just need to buck up to a hell lot of things. and so it's good that AirAsia should operate on their own in their own territory, bukan di bawah cengkaman MAHB and MAS.

Allahu a'lam.

Wow, macam satu entry pulak, hahahaha

11:12 AM, February 01, 2009

Tuesday, January 6, 2009

By Neville Spykerman, The Malaysian Insider
Petaling Jaya Utara Member of Parliament Tony Pua said today that PLUS, the concession holder for the North-South Expressway stands to make a staggering RM25 billion in profits, in the next 20-years.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyatakan bahawa PLUS, pemegang konsensi Projek Lebuhraya Utara Selatan akan mendapat keuntungan sebanyak RM 25 bilion di dalam tempoh 20 tahun yang akan datang.

Pua, who spoke to reporters after scrutinising declassified toll concession agreements at the Works Ministry here, said PLUS made a profit of RM1.2 billion last year and the amount will increase annually till the concession ends, in 2038.

Tony Pua, semasa ditemubual oleh pemberita selepas menyelidiki perjanjian konsesi tol di Kementerian Kerjaraya di sini berkata, PLUS mendapat keuntungan sebanyak RM 1.2 bilion tahun lepas dan jumlah itu akan bertambah setiap tahun berikutnya sehingga tamat perjanjian konsesi tersebut,pada tahun 2038.

"Under the agreement the concessionaire has all to gain and nearly nothing to lose."

"Di dalam perjanjian ini, pemegang konsensi tidak perlu menanggung apa-apa risiko kerugian langsung."

Pua, who was at the Works Ministry, with Serdang MP Teo Nie Ching and Kampung Tungku Assemblyman Lau Weng San, said PLUS is also exempted from paying taxes on its profits.

Tony Pua yang berada di Kementerian Kerjaraya bersame Ahli Parlime Serdang, Teo Nie Ching dan ADUN Kampung Tunku, Lau Wen San, berkata, PLUS juga dikecualikan dari membayar cukai di atas keuntungannya.

As such, he said DAP was justified in objecting to the privatisation of PLUS to United Engineers Malaysia (UEM) in 1988.

Justeru itu, beliau meluahkan bahawa DAP adalah betul dalam membantah penswastaan PLUS kepada United Engineers Malaysia (UEM) pada tahun 1988.

"It was a hot issue, which was used as one of the justifications by the Government to detained 16 DAP national leaders, including Lim Kit Siang and Karpal Singh, under the ISA, during Operation Lalang."

"Ia adalah isu semasa yang hangat, di mana kerajaan telah menggunakannya sebagai alasan untuk menahan 16 pemimpin kebangsaan DAP, termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh, di bawah akta ISA, semasa Operasi Lalang."

Teo, who got a first look at the concession agreement this morning describe it as a 'profit guaranteed' contract, which favours the concessionaire.

Teo yang dapat menyelidik perjanjian itu pagi tadi menyifatkan perjanjian itu sebagai kontrak pasti untung yang nyata berat sebelah kepada pemegang konsesi.

Under the agreement, the company can impose higher toll charges if traffic volume is less than what is projected, while the government will have to provide compensation if it objects.

Di bawah perjanjian tersebut, syarikat itu boleh menaikkan kadar tol sekiranya jumlah kenderaan kurang dari yang dianggarkan, dalam pada itu, kerajaan akan membayar ganti rugi sekiranya anggaran itu tersasar dari jumlah asal.

She said the original 30-year-concession, signed in 1988, had already been extended further by 20-years, as a form of compensation.

Katanya lagi, perjanjian asal yang ditandatangani pada tahun 1988 telah disambungkan lagi selama 20 tahun sebagai ganti-rugi kepada syarikat itu.

Teo said terms in a supplementary agreement, signed in 1999, made it virtually impossible for the government take over the concession.

Teo berkata, syarat di dalam perjanjian sampingan yang dimenterai pada tahun 1999 membuatkannya hampir mustahil untuk kerajaan mengambil alih semula konsesi tersebut.

"Besides having to pay the cost of construction, which was just RM5.94 billion, and any outstanding loans owed by the company, the Government would be forced to pay an amount equal to future profits."

"Selain perlu membayar kos pembinaan yang hanya berjumlah RM 5.94 bilion dan juga sebarang hutang yang tertunggak oleh syarikat tersebut, kerajaan juga terpaksa membayar sejumlah yang sama dengan keuntungan masa depan kepada syarikat itu untuk pembatalan."

Teo questioned the Government's rationale in entering into the agreement in the first place.

Teo meluahkan rasa pelik atas tindakan kerajaan menyetujui perjanjian sebegini rupa.

"Why privatize the highway, when they could have built it and run it themselves."

"Kenapa diswastakan lebuhraya ini, padahal kerajaan boleh membina dan menyelenggarakannya sendiri?", luah beliau lagi.

Meanwhile Pua also dismissed assertions by Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed yesterday that buying back some of the concessions, such as Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), would be too expensive.

Sementarai itu, Tony Pua juga menyangkal kenyataan Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed semalam bahawa membeli semula sesetengah konsesi tersebut, seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) adalah terlalu mahal.

He said the LDP was constructed at a cost of only RM1.327 billion but to date the company had received RM630 million in compensation for not raising toll charges and would continue to receive RM10 million annually.

Tambah beliau, LDP dibina pada kos sebanyak RM 1.327 bilion tetapi sehingga kini, syarikat itu telah menerima sebanyak RM 630 juta ( RM 0.63 bilion ) dari kerajaan sebagai ganti rugi kerana tidak menaikkan harga tol dan juga, berterusan akan menerima ganti rugi sebanyak 10 juta setiap tahun.

"The numbers are stark and it is obvious that it would be better for the Government to buy back the concession rather than continuing to pay compensation."

"Angka-angka ini menunjukkan dengan jelas dan nyata bahawa adalah lebih munasabah dan baik untuk kerajaan membeli balik konsesi tersebut dari terus membayar ganti rugi."