CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 17, 2008

Fingers Are Not Multilingual

Strange as it may sound, I just realised that my fingers understand English better than Bahasa Malaysia.

Just now, I tried to resuscistate my Bahasa Malaysia blog after leaving it to gather dusts for eons. I realised something as I was typing the post, MY FINGER DON'T UNDERSTAND BAHASA MALAYSIA!!!

It took me basically half an hour to type a paragraph which would have taken me not more than ten minutes to type the same length in English!! And that is not including the errors and rectifications. Probably it is due to the words in English that I am so used to that to be typing in another language, the fingers are sort of lost because the words probably uses lesser certain alphabet while increases the uses of others seldom used in English instead. The flow and the speed is just not there. With English, I can think and type, with Bahasa Malaysia, it seemed that I either think or I either type, hahaha.

On another note, I just came back from Melaka, my home state, a few minutes ago. Melaka is like 2 hours to the south of Selangor and while there, I stopped at one of the stall that sell "kuih udang" or in English, I guess I can call it "prawn fritters". I remembered having this particular stall's kuih udang when I was much younger and the taste brought back some old joys, relishing and savouring the sinful food, albeit a tasteful one at that. It has been ages since I have tasted this particular stall's kuih udang and it still taste as good. Some things never change huh? Except the price and the portion of course.

Thursday, October 16, 2008

Lah, apa nak cerita lagi ni?

Dah lama tak cerita kat sini. Nampak sangat sawang-sawang bermaharajalela di sini. Meh "ann" sapukan....

Tahu ke apa bendanya "ann" itu? Loghat orang Melaka, kawasan Alor Gajah, "ann" = saya. Dah lama dah tak pakai perkataan itu. Dulu masa sekolah rendah, ada jugak pakai sekali sekala. Tapi, biasanya pakai "kita" lah, kakaka.

Nak dijadikan cerita, masa kecik kecik dulu, kawan-kawan Melayu memang lah ramai. Apa tidaknya, satu kelas 30 orang, saya lah seorang yang bukan Melayu. Sekolah kebangsaan lah katakan. Tapi, sepanjang enam tahun sekolah rendah, tak pernah saya rasa janggal ke, tersisih ke. Saya sendiri pun tak perasaan yang saya "sepatutnya" berbeza. Kawan-kawan sekolah pun sama, kami semua betul-betul buta warna. Zaman kanak-kanak betul-betul suci, bersih, tak ada syak wasangka.

Saya betul-betul tidak faham mengapa keadaan sekarang ini amat berbeza? Mungkin sebab sekarang ini, pihak berkuasa lebih memberi perhatian kepada perbezaan daripada menekankan persamaan. Kalau sudah didoktrinkan perbezaan dari kecil, alamatnya, bila dewasa, mulalah ada prasangka yang tidak patut. Juga, kalau sudah lama didoktrinkan, maka perkara salah juga akan dianggap betul.

Semangat bertolak-ansur, budi pekerti yang mulia, sopan-santun, semua ini saya rasa sudah tidak disemaikan kepada generasi muda dari bangku sekolah. Seingat saya, semasa kanak-kanak dahulu, cikgu-cikgu akan sentiasa menasihati murid-muridnya agar berkelakuan baik, menjaga budi pekerti dan sentiasa memberi contoh-contoh pelajar-pelajar yang patut dicontohi. Saya rasa, benda sebegini telah tidak lagi diajar di sekolah. Jika semua hanya bergantung kepada buku teks, makanya, pelajaran yang diterima langsung tidak lagi mempunyai hubungkait dengan kehidupan yang sebenarnya.

Monday, August 18, 2008

Pakai Otak Ke Orang Ni Semua

Pagi tadi, dapat satu email dari kawan. Ada satu gambar attachment, macam kat bawah ni.

Thursday, August 14, 2008

Tukar Lagi?

Kenapalah orang suka tukar benda yang tak perlu? Dah biasa dengan interface (perantaraan?) Blogger, Google ambil alih. Sekarang kita dah biasa dengan cara Google, tukar lagi, walaupun masih dibawah naungan Google.

Beberapa hari kebelakangan ini, adalah dua tiga kekecohan yang berlaku di arena politik negara kita ini. Kalau Langit Dijunjung kutuk, nanti dituduh berbaur perkauman tapi kalau tak tegur, macam tak mahu berkongsi pendapat pulak. Macam mana ni? Bak kata Pak Anwar, lawan tetap lawan ye? Oklah, di sini, LD nak buat peringatan dulu, semua yang tertera di sini adalah pendapat persendirian, tanpa ada niat apa-apa kecuali berkongsi pendapat.

a) Buka UiTM kepada pelajar bukan Bumiputra (atau bukan Melayu? Berapa kerat pelajar UiTM yang bukan Melayu, ie, Sabahan dan Sarawakian?)

Di sini LD nak tanya, ramai sangat ke yang bukan Melayu beriya-iya nak menuntut di UiTM? Kenapa sikit-sikit je terus melenting? Kenapa UiTM itu ialah kubu Melayu terakhir? Apakah betul orang Melayu tengah diserang dan berperang? Dengan siapa? Kekadang, tengok ini semua, kelakar lah juga.

LD berpendapat, tidak pernah orang lain nak mempersoalkan hak-hak istimewa atau menjatuhkan orang-orang Melayu, khasnya dan bumiputra lain, amnya. Yang lazim dipersoalkan ialah, mengapa negara mahu dihancurkan atas nama hak-hak istimewa? Apakah orang-orang Melayu tidak celik lagi bahawa kalau tidak ada penyalahgunaan atas nama hak-hak istimewa, maka tidak ada lebuhraya bertol yang tidak perlu? Tidak ada kereta proton yang rendah kualitinya? Tidak ada jambatan yang retak setiap dua tahun? Kesudahannya, siapa yang paling terasa? Orang Malaysia yang tidak ada apa-apa kepentingan politik.

Berbalik kepada UiTM, berapa orang kah anak Menteri, anak ADUN, anak YB yang menuntut di sana? Ada ke? Berapa orang anak Datuk? Berapa orang anak kepada usahawan Melayu yang berjaya?

Pernah sekali, LD dikhabarkan, ada seorang pensyarah di UiTM yang kena panggil oleh Dean sebab menggagalkan lebih separuh dari pelajarnya. Sebab? Sebab paper mereka tak ada kualiti, tak boleh pakai langsung! Jadi, markah kelulusannya terpaksa direndahkan dari 50% kepada 30%. Kalau ini khabar betul, apa nak jadi?

Rakyat yang bersaing di sektor swasta semuanya tahu, tak kira lah apa pun keturunan mereka, kalau mereka betul-betul bagus (bukan yang perasan bagus), rata-rata mempunyai peluang yang sama untuk maju. Kalau tak pun, selepas beberapa tahun bekerja, mereka akan membuka perniagaan sendiri, jika mampu. Yang sentiasa menuntut hak-hak istimewa ini, orang politik, jarang sekali orang kebanyakan. Bayangkanlah, atas nama hak-hak istimewa, anak-anak Datuk, anak-anak YB, rata-rata pasti dapat biasiswa untuk menuntut di luar negeri. Apakah mereka memerlukannya? Yang perlu ialah anak tani dari Kelantan, anak nelayan dari Trengganu. Dapat biasiswa ke mereka semua ini? Universiti mana mereka-mereka ini dihantar?

Wednesday, June 4, 2008

Mat Saman Kati

Minta maaflah banyak-banyak sebab sesungguhnya, aku tak ada idea nak merepek yang bukan-bukan kat sini.

Tapi, baru-baru ni, aku ada lah comment sepatah dua kat blok si Mat Saman Kati, berbunyi macam di bawah ni (sambungkait di sini) :-

Thomas Mok berkata...
Saudara Mat,

Aku tabik dengan cerita2 MSK setakat ni, kelakau giler ader, serious pun ader. Kita manusia, buatlah apa yang terdaya.

Pepatah orang Cina ada kata,"Manusia kira, lebih baik Tuhan kira" atau yang Inggerisnya, "Men do the best, let God do the rest" - lebih kurang cam tu lah, atau kalau ikutkan Islam, ikut Qada dan Qadar (kut, sebab aku nie pun bukan Melayu ataupun Islam, Cina tulen, kakaka)

Masyarakat Cina memang cam begini, semenjak dari dulu lagi, orang2 Cina tidak dapat hendak bergantung kepada kerajaan yang nyata2 pro-Melayu (dulu) dan pro-Umno (sekarang). Jadi, menderma untuk kebajikan dah jadi sebati dalam kehidupan orang Cina Malaysia, baik menderma untuk sekolah Cina, tokong Cina, orang2 Malaysia lain yang kurang mampu, terutama yang keluar akhbar minta derma (tanpa mengira kaum) termasuk juga menderma untuk mangsa2 bencana alam di tempat lain di dunia.

Ramai orang Cina Malaysia yang cinta tanahair tapi depa diam saje, tak perlu menunjuk-nunjuk. Orang Cina dari kecil dididik untuk "diam-diam ubi", baik dari segi pelajaran, kekayaan dan juga kejayaan.

Tapi yang pasti, dalam setiap kaum juga ada yang jahat lah, semua jenis orang ada dalam setiap kaum. Tapi yang MKS sebutkan, memang hal nyata, rata2 kaum Cina akan menderma kalau ada keperluan kerana memberi lebih mulia dari meminta.

MKS dok perhatikanlah, mana ada duit kerajaan bagi untuk bina sekolah Cina, tokong Cina atau apa-apa yang ada Cina lah. Itu lah pasai orang muda sekarang banyak yang anti-kerajaan, cukai sama bayar tapi faedah jangan nak harap langsung, tok sah nak cakap biasiswa dan pinjaman..... Itulah kenyataan hidup orang Cina di Malaysia ini dan diharap OBC (orang bukan cina) dapat memahami mengapa ramai orang Cina yang tidak pro-kerajaan (BN)....

salam...
www.tmithomas.blogspot.com

2008 Jun 3 13:40

Sunday, May 18, 2008

Di mana Langit Dijunjung

Entah kenapa, saya teringin untuk menulis di dalam bahasa Melayu, dahulunya dikenali sebagai bahasa Malaysia, di zaman persekolahan saya. Setelah sekian lama menulis di dalam bahasa penjajah, saya mendapati bahawa bahasa negara saya semakin terkikis dari benak bahkan menaipnya juga tersangatlah lambatnya, dibandingkan sekiranya menaip di dalam bahasa Inggeris.

Setelah berfikir beberapa jenak, saya memutuskan untuk menggunakan nama pena Langit Dijunjung untuk penulisan saya di dalam bahasa Melayu. Entah kenapa tiba-tiba pepatah Melayu lama in timbul di benak saya semasa memikirkan apakah tajuk yang sesuai sebagai pembuka tirai blog bahasa Melayu saya yang ulung kalinya.

Saya rasa tajuk di atas sangat bersesuaian dengan keperluan saya untuk mencari satu tajuk yang mempunyai makna berlapis, berkias dan juga dikenali secara am.

Di Mana Langit Dijunjung boleh dianggap sebagai suatu pertanyaan di mana saya berada sekarang. Adakah pada ketika ini, LD akan menjadi lebih kreatif, menangani isu-isu semasa disamping berkongsi pendapat bersama pembaca?

Langit Dijunjung juga merasakan, tajuk ini juga amat bersesuaian dengan perasaan kebanyakkan rakyat Malaysia masa kini. Apa tidaknya, semua rakyat Malaysia boleh dikatakan telah lahir di sini dan tidak mengenali bumi lain selain dari bumi tanah tempat tumpah darah ini tetapi kadang-kadang Langit Dijunjung terasa seperti senantiasa dipinggirkan hanya kerana warna kulit. Apakah kerajaan Langit Dijunjung yang bersungguh-sungguh menentang Apartheid secara tidak sedar turut mengamalkannya? Tidakkah yang ruginya, kerajaan kita sendiri, rakyat kita sendiri. Pepatah Inggeris menyatakannya dengan tepat, "Prosper Thy Neighbour" atau terjemahannya, majukanlah jiran anda. Jika difikirkan secara munasabah, betul juga apa yang diura-urakan atau dinasihatkan ini kerana jiran yang maju akan membawa kemajuan secara sendirinya.

Sebagai permulaan, Langit Dijunjung rasa tajuk ini amat mencerminkan perasaan dan hati Langit Dijunjung dibumi tercinta ini. Bagi Langit Dijunjung, walaupun seringkali melawati negara-negara lain, tetapi setiap kali bila mencecah bumi Malaysia ini semula, terasa amat bahagia dan gembira sekali, suatu jenis perasaan yang amat sukar hendak dijelaskan, hanya orang yang dapat merasakannya sendiri yang tahu jenis perasaan begini.

Langit Dijunjung sebenarnya tidak pasti apa tema atau konsep penulisan yang akan menuruti pembuka tirai ini tetapi akan dicuba untuk membuatnya lebih menarik dan dapat mengisi kekosongan jiwa para pembaca disamping dapat membantu Langit Dijunjung meluahkan isihati kepada yang berminat.

Sekian...

Langit Dijunjung