CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 16, 2008

Lah, apa nak cerita lagi ni?

Dah lama tak cerita kat sini. Nampak sangat sawang-sawang bermaharajalela di sini. Meh "ann" sapukan....

Tahu ke apa bendanya "ann" itu? Loghat orang Melaka, kawasan Alor Gajah, "ann" = saya. Dah lama dah tak pakai perkataan itu. Dulu masa sekolah rendah, ada jugak pakai sekali sekala. Tapi, biasanya pakai "kita" lah, kakaka.

Nak dijadikan cerita, masa kecik kecik dulu, kawan-kawan Melayu memang lah ramai. Apa tidaknya, satu kelas 30 orang, saya lah seorang yang bukan Melayu. Sekolah kebangsaan lah katakan. Tapi, sepanjang enam tahun sekolah rendah, tak pernah saya rasa janggal ke, tersisih ke. Saya sendiri pun tak perasaan yang saya "sepatutnya" berbeza. Kawan-kawan sekolah pun sama, kami semua betul-betul buta warna. Zaman kanak-kanak betul-betul suci, bersih, tak ada syak wasangka.

Saya betul-betul tidak faham mengapa keadaan sekarang ini amat berbeza? Mungkin sebab sekarang ini, pihak berkuasa lebih memberi perhatian kepada perbezaan daripada menekankan persamaan. Kalau sudah didoktrinkan perbezaan dari kecil, alamatnya, bila dewasa, mulalah ada prasangka yang tidak patut. Juga, kalau sudah lama didoktrinkan, maka perkara salah juga akan dianggap betul.

Semangat bertolak-ansur, budi pekerti yang mulia, sopan-santun, semua ini saya rasa sudah tidak disemaikan kepada generasi muda dari bangku sekolah. Seingat saya, semasa kanak-kanak dahulu, cikgu-cikgu akan sentiasa menasihati murid-muridnya agar berkelakuan baik, menjaga budi pekerti dan sentiasa memberi contoh-contoh pelajar-pelajar yang patut dicontohi. Saya rasa, benda sebegini telah tidak lagi diajar di sekolah. Jika semua hanya bergantung kepada buku teks, makanya, pelajaran yang diterima langsung tidak lagi mempunyai hubungkait dengan kehidupan yang sebenarnya.

0 comments: